Bengkel Aplikasi Lego (BAL) Fasa 2
8 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini
Ahad, 7 Ogos 2016 – Bengkel Aplikasi Lego Fasa 2 yang dianjurkan oleh MCMC Wilayah Tengah dan Rakan Usahasama Strategik telah diadakan di Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan. Bengkel selama 1 hari ini adalah kolaborasi PI-PI dari Negeri Sembilan. Matlamat program ini ialah Pelajari Sains, Kejuruteraan, Teknologi & Matematik (STEM) melalui bengkel selama 1 hari membangunkan aplikasi mudah alih dan perisian lego. Secara tidak lansung ianya membantu peserta menambah pengetahuan memandangkan perkembangan minat yang mendalam remaja-remaja kepada teknologi robot pada masa kini.
PI Linggi turut mengambil bahagian di dalam program ini, dengan membawa 3 orang peserta yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah, sambil diiringi oleh Pengurus PI iaitu Puan Yusaini Binti Md Yusof. Bengkel bermula pada pukul 9.00 pagi, berakhir pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: